widgets

Sunday 12 January 2014

Tahniah ! Oki Setiana Dewi

Saya memang minat tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih, apalagi pelakon-pelakon dia comel2 semuanya terutamanya heroin- Oki Setiana Dewi.

Lucu ingat balik, sewaktu tahun 1 di universiti, saya dan sahabat baik saya yang juga merupakan teman sebilik saya sangat minat dengan filem dan pelakon ini. Saban hari ada sahaja dialog dari filem tersebut yang menjadi bahan gurauan kami.
Aku mencintaimu.
Ya aku tahu.
Aku menyayangimu.
Ya aku juga...
Basi mas, langsung aja to the point.
Begitu hebat penangan filem ini, sampaikan dialog pun boleh hafal ! Heroin filem ini, yang juga ikon muslimah, menjadi kegilaan kami. Bermula dari penampilannya, percakapannya, buku serta motivasi yang disampaikannya begitu  berkesan.

Terkejut juga bila dapat tahu, rupa-rupanya seumur dengan beliau ini, Oki juga lahir pada tahun 1990. Dan kelmarin, tanggal 12 Januari, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Ory Vitrio . Alhamdulillah. Tumpang gembira.

 
 
 
Tahniah buat Oki. Semoga Allah SWT memberkati sehingga ke syurga. Till Jannah :) 
Daripada peminat setiamu. Ceewah :)
 

No comments:

Post a Comment