widgets

Monday 13 January 2014

Aku, HA02 dan JB Part 2

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa tu HA02? JB? HA02 merupakan kod program Komunikasi di Sekolah Sains Sosial. Program ini merupakan antara program tertua di SSS dan UMS, tengok saja kodnya-02. Manakala JB pula ialah Journalism Broadcasting. Yakni jalur yang saya pilih dalam program Komunikasi. 

Emm. Kali ini saya nak coretkan mengenai Radio SSS. Kalau entry sebelum ini saya ceritakan mengenai penerbitan radio. Kali ini, mengenai Kabel Radio SSS. Dalam semester 4 tak silap saya, tahun 2012/2013, Dekan pada masa itu Prof Haji Inon, beliaulah yang bertungkus lumus menghidupkan kembali radio SSS. Beliau sanggup menggunakan wang peribadi beliau untuk tujuan itu. Dibantu oleh Encik Rosli yang banyak membantu dalam hal pewujudan kembali radio SSS. 

Siap juga walaupun peralatannya kebanyakkannya di 'kitar semula'. Dan pada masa itu saya menerajui perjalanan radio SSS dibantu oleh rakan seperjuangan yang lain. Kami sepakat menamakannya sebagai Triple S. 

Konti Triple S 2012
Kami mula mencari junior dan ahli kelab Komunikasi untuk menjadi juruhebah, penerbit, penyampai berita. Bermula dari proses mencari sehinggalah mengujibakat, semua kami yang pada masa itu baru berada di tahun 2, mengaturkannya. Bayangkanlah, sudahlah tiada pengalaman, mahu pula mengujibakat! Haha. Apapun setelah dipilih, proses membuat jadual program, dan jadual bertugas yang sangat memeningkan. Saya masih ingat ketika itu sahabat baik saya, Norjumatiah, serta Azura, Yusri , Nur Atikah berada di SSS sehingga malam mengaturkan jadual bertugas. Apa yang memeningkan apabila kami perlu menyesuaikan jadual bertugas dengan masa lapang pelajar tersebut. Hal ini kerana setiap pelajar ada jadual dan kelas, tutorial yang perlu dihadiri. Maka kami tidak boleh sesuka hati meletakkan mereka dalam satu-satu rancangan. 
Carta organisasi radio Triple S
Setelah semua selesai maka radio Triple S pun on air. Nampaklah hidup sikit SSS tu. Masa tu ia hanya boleh didengari di bangunan SSS sahaja. Namun apa yang mengecewakan ialah ada cakap2 yang mengatakan radio tersebut bising, menggangu kuliah etc. Tak tahulah kebenarannya bagaimana, sedangkan bagi saya ianya taklah terlalu kuat. CUma mungkin masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pihak sekolah cuma benarkan liputan radio tu sampai kat Foyer SSS sahaja. Aduh. Terkilan juga. Tapi apa boleh buat. Radio tersebut pun berjalan macam biasa selama satu semester. Semester seterusnya saya serahkan pada junior yang menguruskannya kerana kami pun dah nak masuk tahun 3.
Keluarga Triple S
Dj Othoe SuriaFM pun ada datang konti hehe
Em malas nak cerita panjang2. Nanti terkeluar pasal benda tak elok pula. Hehe.

No comments:

Post a Comment