widgets

Monday 13 January 2014

Aku, HA02 dan JB

Dunia kewartawanan dan penyiaran sangat menarik bagi mereka yang meminatinya. Bukan glamour yang dikejar, tapi bila minat sudah semadi dalam diri , pasti akan berusaha untuk menyelaminya. 

Sewaktu di Universiti, pengajar secara teori dan praktikal memang ada. Namun ia lebih berat pada teori. Jadi caranya untuk mendapat imu yang lebih, sewaktu pembelajaran secara praktikal di tekankan, perlu banyak belajar dan bertanya. 


Misalnya melalui tugasan praktikal seperti penerbitan radio, penerbitan tv, dan penerbitan berita, ianya melibatkan tugasan praktikal. Perlu memegang peralatan radio, mengendalikan kamera, suntingan, mengumpul berita, menjadi juruhebah dan penyampai berita.

Justeru coretan kali ini saya paparkan mengenai apa yang saya belajar dalam jalur kewartawanan dan penyiaran, serta tugasan yang kami lakukan .

Apa yang saya ingat, menginjak ke tahun 2, kami perlu membuat satu penerbitan rancangan radio. Ini dalam kursus Penerbitan Radio. Dalam satu kumpulan, ada 10 orang. Pada masa itu, saya menjadi penerbit. Saya perlu mengatur apa nama radio, nama rancangan, pengagihan tugas kepada ahli kumpulan yang lain. Memang banyak kerja, dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Bincang punya bincang, kami sepakat namakan radio kami- UFM, dengan tagline Sentiasa Di Sisi Anda. Dua juruhebah dipilih, yang dalam gambar kat bawah ni, Suzy dan Nur Hidayah. Lucu, bila kawan2 yang lain gelar mereka ni Sabah FM, sebab kepekatan bahasa Sabah mereka. Nama rancangan kami pula, Sembang Pagi kalau tidak silap.

Masa itu, memang payah sebab kami perlu ke Sekolah Pengajian Seni untuk meminjam konti mereka, disebabkan sekolah saya pada masa itu belum lagi ada konti. Hanya selepas beberapa bulan selepas tugasan ini, baru ada konti.

Huh, jenuh juga hendak mengurus satu program rancangan, apalagi kalau menjadi penerbit, semua benda perlu difikirkan; kena fikir pasal PSA, Jingle, Promo, iklan, skrip, tetamu rancangan. Selepas membuat pembahagian tugas, saya ke KKFM(radio Kampus Kita FM) yang terletak di Bangunan Canselori untuk meminta bantuan Kak Za, salah seorang juruhebah di sana pada masa itu (2012). Saya minta padanya contoh iklan, PSA, jingle dan lain2. Kebetulan saya pernah menggantikan seorang penyampai berita di KKFM, jadi kenallah dengan Kak Za ni.
Dialah yang banyak membantu saya, takkan mungkin saya lupakan jasa dia, tak sombong dan senang bergaul.

Pertama kali ke konti Radio Seni (SPS), terpaksa pinjam konti SPS sebab masa tu SSS belum ada lagi konti

UFM-SentiasaDiSisiAnda
Kemudian kami pun meminta bantuan Encik Rosli Sareya yang ketika itu bertugas di SPS sebagai Pegawai Audio Visual, sebelum beliau berpindah ke SSS pada 2012. Bayangkanlah, masa tu kami memang zero. Satu pun tak tahu pasal peralatan ni semua. Oleh kerana saya perlu untuk membuat rakaman awal terlebih dahulu segala PSA, iklan jingle dan lain-lain lagi, saya harus cepat.

Rakaman berita juga harus dibuat, dan pada masa itu saya yang perlu membuatnya. Alhamdulillah semuanya selesai dalam setengah hari. Semua atas kerjasama ahli kumpulan dan bantuan warga SPS terutama Encik Rosli.
Inilah Encik Rosli our hero, our sifu. 

Proses rakaman item bahan rancangan program

Rakaman temuramah bersama Timbalan Presiden MPP, Saudari Asiah 

Ini pula rakaman PSA



Selesai semua rakaman, kami pula berlatih untuk rakaman penuh program. Ini sangat penting kerana rakaman rancangan inilah akan dirakam dan diperdengarkan seisi kelas pada hari pembentangan dan diambil markah oleh pensyarah kami pada masa itu, Haji Mahat Jamal.

Ada enam buah kumpulan dalam satu kelas pada masa tu, dan kami bergilir menggunakan konti radio yang keadaannya pun uzur itu. Giliran kami yang terakhir, dan pada masa tu komputer rosak. So?! Tuhan saja tahu perasaan saya pada masa itu. Sebab kami perlu membentangkan pada minggu seterusnya. Disaat kumpulan lain sudah membentang, kami baru hendak membuat rakaman rancangan disebabkan masalah teknikal tersebut. Nasib baiklah pensyarah bagi kelonggaran juga.

Lagi satu pula, waktu tengah on air tu(rakaman) kami perlu rakam perjalanan program dalam konti tu. Dibekalkan dengan kamera, dan kami perlu beli tape . Lepas tu rakaman tersebut penerbit la kena pergi enkod kat Makmal di SPS tu. Fuyooo.. punya lama... Masa tu saya dengan rakan penerbit kumpulan lain pergi sama , Yusri dan Sharul. Lawak pun ada,
Tengah enkod rakaman untuk burn dalam CD. Lama tau!

Fuh... Tapi apapun saya bersyukur, banyak yang saya dapat pelajari. Itu adalah suatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Seorang ketua mesti pandai kawal emosi..haha. yeker??



No comments:

Post a Comment