widgets

Sunday 12 January 2014

Sudah Dua Bulan

Hari ini masuk 13 Januari 2014. Woow! Masa begitu pantas sekali, sedar tak sedar sudah hampir dua minggu berada di tahun 2014. Dan sudah hampir dua bulan saya bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah semenjak 25 November 2013 yang lalu. 

Iya, kenangan sewaktu konvokesyen adalah sesuatu yang sangat manis bagi mereka yang pernah melaluinya. Apatah lagi, usaha serta tungkus lumus bergelumang dengan tugasan, kuliah, projek akhir tahun. Semuanya satu kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. 

25 Nov 2013 : Menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Komunikasi) daripada Naib Canselor UMS
Alhamdulillah, semuanya dari Allah SWT. Atas rahmatNya, serta sokongan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Belajar dalam bidang yang  memang diminati sejak bangku sekolah merupakan satu keseronokan. Semakin banyak yang dipelajari, kita tahu kemudian bahawa sebenarnya ada banyak lagi benda yang kita tidak tahu. 

Kenangan semasa berada di Universiti memang manis, dan akan dijadikan panduan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar.

No comments:

Post a Comment