widgets

Thursday 27 February 2014

Bawaku Pergi




Mendengar lagu Heer, daripada filem Jab Tak Hai Jaan, yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif.
Cukup membuai perasaan.
Lebih-lebih lagi jika memahami maksud lirik tersebut. Dang mngetahui cerita di balik lagu tersebut.
Dengarkan lagu  Heer-Jab Tak Hai Jaan.

Heer Heer na akho odiyo, Main te Sahibaan hoye,
Ghodi leke aaye le jaaye, Ghodi leke aaye le jaaye,
Le jaaye Mirza koi, Le jaaye Mirza koi,


Don't call me Heer, my friends,I've become Sahibaan 

I hope he comes on a horse and take me away, 
I wish some Mirza comes for me and takes me away 



Ohde je hi main te oh mere warga,
hansda ae sajra sawere varga,
ankha bandh kar la te thande hanere varga


I am like him, he is jsut like me.. 

He smiles like it's morning,
and if he closes eyes, it's like cold dark.. 



ohde je hi main te o Mirza mere varga

Naal naal tur na te vith rakhna
hadd rakh lena wich dil rakhna,
chhanve chhanve paawe assi teri parchhawe tur na


walk with me (close to me) only, don't keep any distance in between, 

mark a boundary, and keep the heart in between. 

I have to walk under your shade only.. 


ohde je hi main te o Mirza mere varga

Tuesday 25 February 2014

Beberapa hari lagi..

Beberapa hari menginjakkan kaki ke bulan Mac. So akan mula bekerja di tempat baru.
Hopefull i can do the best. '
Nak ingatkan diri sndiri untuk.

1. Buat apapun mesti niat krana Allah, dapatkan redha dan rahmat Allah.
2. Mesti rajin bertanya dan faham apa yang dibuat.
3. stiap hari mesti belajar benda yang baru .
4. Elakkan mengumpat, menghina, memandang buruk pada orang,
5. Cari kebaikan pada diri orang.
6. Kerja haruS rajin, ada KELAS.
7. Jangan fikir apa orang cakap, selagi apa yang kita buat adalah betul dan tidak sdalah disisi Allah swt.


So, i wish good luck for myself.

p/s jangan terkesan sangat pada makhluk. ingat mati. bersyukur. berdoa. dunia hanya sementara !



Wednesday 19 February 2014

Miss you sahabat

Sahabat,
Aku rindu kamu

Aku rindu segala memori kita bersama,
Sahabat istimewa.

Monday 13 January 2014

Aku, HA02 dan JB Part 2

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa tu HA02? JB? HA02 merupakan kod program Komunikasi di Sekolah Sains Sosial. Program ini merupakan antara program tertua di SSS dan UMS, tengok saja kodnya-02. Manakala JB pula ialah Journalism Broadcasting. Yakni jalur yang saya pilih dalam program Komunikasi. 

Emm. Kali ini saya nak coretkan mengenai Radio SSS. Kalau entry sebelum ini saya ceritakan mengenai penerbitan radio. Kali ini, mengenai Kabel Radio SSS. Dalam semester 4 tak silap saya, tahun 2012/2013, Dekan pada masa itu Prof Haji Inon, beliaulah yang bertungkus lumus menghidupkan kembali radio SSS. Beliau sanggup menggunakan wang peribadi beliau untuk tujuan itu. Dibantu oleh Encik Rosli yang banyak membantu dalam hal pewujudan kembali radio SSS. 

Siap juga walaupun peralatannya kebanyakkannya di 'kitar semula'. Dan pada masa itu saya menerajui perjalanan radio SSS dibantu oleh rakan seperjuangan yang lain. Kami sepakat menamakannya sebagai Triple S. 

Konti Triple S 2012
Kami mula mencari junior dan ahli kelab Komunikasi untuk menjadi juruhebah, penerbit, penyampai berita. Bermula dari proses mencari sehinggalah mengujibakat, semua kami yang pada masa itu baru berada di tahun 2, mengaturkannya. Bayangkanlah, sudahlah tiada pengalaman, mahu pula mengujibakat! Haha. Apapun setelah dipilih, proses membuat jadual program, dan jadual bertugas yang sangat memeningkan. Saya masih ingat ketika itu sahabat baik saya, Norjumatiah, serta Azura, Yusri , Nur Atikah berada di SSS sehingga malam mengaturkan jadual bertugas. Apa yang memeningkan apabila kami perlu menyesuaikan jadual bertugas dengan masa lapang pelajar tersebut. Hal ini kerana setiap pelajar ada jadual dan kelas, tutorial yang perlu dihadiri. Maka kami tidak boleh sesuka hati meletakkan mereka dalam satu-satu rancangan. 
Carta organisasi radio Triple S
Setelah semua selesai maka radio Triple S pun on air. Nampaklah hidup sikit SSS tu. Masa tu ia hanya boleh didengari di bangunan SSS sahaja. Namun apa yang mengecewakan ialah ada cakap2 yang mengatakan radio tersebut bising, menggangu kuliah etc. Tak tahulah kebenarannya bagaimana, sedangkan bagi saya ianya taklah terlalu kuat. CUma mungkin masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pihak sekolah cuma benarkan liputan radio tu sampai kat Foyer SSS sahaja. Aduh. Terkilan juga. Tapi apa boleh buat. Radio tersebut pun berjalan macam biasa selama satu semester. Semester seterusnya saya serahkan pada junior yang menguruskannya kerana kami pun dah nak masuk tahun 3.
Keluarga Triple S
Dj Othoe SuriaFM pun ada datang konti hehe
Em malas nak cerita panjang2. Nanti terkeluar pasal benda tak elok pula. Hehe.

Aku, HA02 dan JB

Dunia kewartawanan dan penyiaran sangat menarik bagi mereka yang meminatinya. Bukan glamour yang dikejar, tapi bila minat sudah semadi dalam diri , pasti akan berusaha untuk menyelaminya. 

Sewaktu di Universiti, pengajar secara teori dan praktikal memang ada. Namun ia lebih berat pada teori. Jadi caranya untuk mendapat imu yang lebih, sewaktu pembelajaran secara praktikal di tekankan, perlu banyak belajar dan bertanya. 


Misalnya melalui tugasan praktikal seperti penerbitan radio, penerbitan tv, dan penerbitan berita, ianya melibatkan tugasan praktikal. Perlu memegang peralatan radio, mengendalikan kamera, suntingan, mengumpul berita, menjadi juruhebah dan penyampai berita.

Justeru coretan kali ini saya paparkan mengenai apa yang saya belajar dalam jalur kewartawanan dan penyiaran, serta tugasan yang kami lakukan .

Apa yang saya ingat, menginjak ke tahun 2, kami perlu membuat satu penerbitan rancangan radio. Ini dalam kursus Penerbitan Radio. Dalam satu kumpulan, ada 10 orang. Pada masa itu, saya menjadi penerbit. Saya perlu mengatur apa nama radio, nama rancangan, pengagihan tugas kepada ahli kumpulan yang lain. Memang banyak kerja, dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Bincang punya bincang, kami sepakat namakan radio kami- UFM, dengan tagline Sentiasa Di Sisi Anda. Dua juruhebah dipilih, yang dalam gambar kat bawah ni, Suzy dan Nur Hidayah. Lucu, bila kawan2 yang lain gelar mereka ni Sabah FM, sebab kepekatan bahasa Sabah mereka. Nama rancangan kami pula, Sembang Pagi kalau tidak silap.

Masa itu, memang payah sebab kami perlu ke Sekolah Pengajian Seni untuk meminjam konti mereka, disebabkan sekolah saya pada masa itu belum lagi ada konti. Hanya selepas beberapa bulan selepas tugasan ini, baru ada konti.

Huh, jenuh juga hendak mengurus satu program rancangan, apalagi kalau menjadi penerbit, semua benda perlu difikirkan; kena fikir pasal PSA, Jingle, Promo, iklan, skrip, tetamu rancangan. Selepas membuat pembahagian tugas, saya ke KKFM(radio Kampus Kita FM) yang terletak di Bangunan Canselori untuk meminta bantuan Kak Za, salah seorang juruhebah di sana pada masa itu (2012). Saya minta padanya contoh iklan, PSA, jingle dan lain2. Kebetulan saya pernah menggantikan seorang penyampai berita di KKFM, jadi kenallah dengan Kak Za ni.
Dialah yang banyak membantu saya, takkan mungkin saya lupakan jasa dia, tak sombong dan senang bergaul.

Pertama kali ke konti Radio Seni (SPS), terpaksa pinjam konti SPS sebab masa tu SSS belum ada lagi konti

UFM-SentiasaDiSisiAnda
Kemudian kami pun meminta bantuan Encik Rosli Sareya yang ketika itu bertugas di SPS sebagai Pegawai Audio Visual, sebelum beliau berpindah ke SSS pada 2012. Bayangkanlah, masa tu kami memang zero. Satu pun tak tahu pasal peralatan ni semua. Oleh kerana saya perlu untuk membuat rakaman awal terlebih dahulu segala PSA, iklan jingle dan lain-lain lagi, saya harus cepat.

Rakaman berita juga harus dibuat, dan pada masa itu saya yang perlu membuatnya. Alhamdulillah semuanya selesai dalam setengah hari. Semua atas kerjasama ahli kumpulan dan bantuan warga SPS terutama Encik Rosli.
Inilah Encik Rosli our hero, our sifu. 

Proses rakaman item bahan rancangan program

Rakaman temuramah bersama Timbalan Presiden MPP, Saudari Asiah 

Ini pula rakaman PSA

Sunday 12 January 2014

Tahniah ! Oki Setiana Dewi

Saya memang minat tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih, apalagi pelakon-pelakon dia comel2 semuanya terutamanya heroin- Oki Setiana Dewi.

Lucu ingat balik, sewaktu tahun 1 di universiti, saya dan sahabat baik saya yang juga merupakan teman sebilik saya sangat minat dengan filem dan pelakon ini. Saban hari ada sahaja dialog dari filem tersebut yang menjadi bahan gurauan kami.
Aku mencintaimu.
Ya aku tahu.
Aku menyayangimu.
Ya aku juga...
Basi mas, langsung aja to the point.
Begitu hebat penangan filem ini, sampaikan dialog pun boleh hafal ! Heroin filem ini, yang juga ikon muslimah, menjadi kegilaan kami. Bermula dari penampilannya, percakapannya, buku serta motivasi yang disampaikannya begitu  berkesan.

Terkejut juga bila dapat tahu, rupa-rupanya seumur dengan beliau ini, Oki juga lahir pada tahun 1990. Dan kelmarin, tanggal 12 Januari, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Ory Vitrio . Alhamdulillah. Tumpang gembira.

 
 
 
Tahniah buat Oki. Semoga Allah SWT memberkati sehingga ke syurga. Till Jannah :) 
Daripada peminat setiamu. Ceewah :)
 

Aku Rindu Jakarta-Bandung !

Mana mungkin saya melupakan tarikh 21-25 Mei 2013, dimana saya dan rakan-rakan sekelas ke Indonesia bagui menyempurnakan projek akhir tahun - Program Lawatan Media Serumpun, Jakarta-Bandung.

Ianya satu kenangan manis,(walaupun ada juga kenangan pahit,hehe) yang tak boleh dilupakan. Sungguh kami begitu terharu dengan sikap rakyat Indonesia yang begitu peramah dan mesra melayani kami, sejurus selepas tibanya kami di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. 
21 Mei : Ketibaan kami disambut dengan minum petang dan borak santai bersama pelajar dari Universiti Nasional Indonesia 

Masa untuk daftar masuk bilik dan taklimat, penat  sangat waktu ini :)

Bersama Pak Hendra(dua dari kanan) yang juga merupakan pensyarah di UNAS, menyambut ketibaab kami

Siap sedia untuk Majlis Perasmian 

Terharu... Sejurus sampai di UNAS, ternampak banner ini

Saya membentangkan aktiviti Kelab Komunikasi, nervous juga masa ini ;P


Melawat ke Trans Tv Jakarta 

Sahabat baik saya, Elinea dan Sharul. Waktu ini berada on the top of MONAS

Diberi peluang menyaksikan rakaman rancangan Opera Van Java, sangat seronok

Transtudio Jakarta bandung. Sebelum masuk posing dulu ;)

Bersama dengan Ketua HIMAKOM UNAS, Nadilla Oktaviolita , manis orangnya

Rakan seperjuangan yang dikasihi 

Trauma lepas naik benda yang buat jantung gugur
Add caption

Berada di Indonesia memang menarik dan seronok, tapi satu kenangan yang segar diingatan ialah bila tak boleh nak masuk makanan kat sana. Bukan tak sedap, tapi mungkin sebab tak biasa kan. So terpaksa makan sikit-sikit ja, dan makan buah. :) Barang-barang pun murah, rugi tak bawa duit banyak. Suatu hari kalau ada rezeki nak pergi lagi.